Pages

12 March 2009

Membina Jati Diri Gemilang - Perihal 1

ELOKLAH PERHATI BICARA LIDAH

Eloklah menilai diri sebelum memutar lidah takut2 lidah yang diputar mengusutkan lagi kekalutan diri. Eloklah merenung bicara lidah takut2 seperti mengata diri sendiri.

Kita berasa wajib menjaga hati kawan. Apabila bersama mereka kita berbual dengan rancak demi mengukuhkan ukhuwah dan persahabatan. Kita tidak merasa rugi membayar harga minuman yg dinikmati bersama.

Tetapi bersama isteri dan anak2 kita berasa kelu untuk bercakap. tidak ada isu2 menarik untuk diperkatakan, tiada bahan jenaka untuk ketawa bersama2. Kita lebih banyak membisu daripada membina komunikasi mubar.

Kita berasa sudah terlambat apabila waktu mula bekerja pada jam 8.00pagi tetapi kita sampai pd jam 8.05pagi. Kita mgkn menyalahkan kesesakkan lalu lintas yg terpaksa kita lalui. Besoknya kita akan bertolak lebih awal utk memastikan kita tidak terlewat lagi.

Waktu Zohor masuk pada jam 1.30 petang dan kita tiada apa2 perkare mustahak hendak dilakukan pada waktu itu tetapi kita lebih selesa melambat2kan solat sehingga jam 2.00petang. Kita berasa masih belum terlambat dan tiada berhutang apa2 dgn tuan punya waktu.

Pernahkah kita memikirkan hal itu? Pada suatu masa kita mengutuk kemungkaran yg berlaku sekeliling kita. Tetapi kita tidak berbuat apa utk mencegahnya. Kita lebih seronok memperkatakannya untk mengatakan diri kita sempurna, sedangkan kerosakkan yg berlaku itu terus mengambil tempatnya tanpa sesiapa mahu menanganinya.

Alangkah kalutnya hidup kita, pada suatu masa kita dilihat kain putih bersih tetapi pada waktu yg sama kita juga mempalitkan warna2 hitam dalam jalan2 hidup kita.

Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul. Risiko orang yg mengetahui tetapi tidak melaksana lebih besar daripada orang yg tidak mengerti kerana belum mempelajari. Eloklah menilai diri sebelum mumutar lidah, takut2 lidah yg diputar rupanya utk diri sendiri.

**Petikan dari karya Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj



No comments: