Pages

24 March 2009

Mari Bersukan

Kemarin
Ahad
22 Mac 2009
Aku dan teman2 aku g bersukan.
Kali ni sukan Badminton jadi pilihan.
Kami men kat dewan serbaguna
Taman Ibu Kota kat Danau Kota
Kami sewa 2jam.
Dari Jam 2200 hingga Jam 2400
Tapi kami dapat men sampai Jam 0030
He5.
Takde orang la katekan.

Ahli2 yg brani tampilkan diri malam tu
cuma 7 org je.
Calon2nye adalah :
Aku
Kurt
Zul
Zam
Boy
Ejump
Ali

Aku yg kepenatan.
Berlatar belakangkan Zul dan Ali

Team Zul n Ali menentang Kurt n Boy

Zam yg berpure2 penat konon

Tapi mmg best men malam tu.
Kawan aku yg dah lama tak pegang raket
pun dah mula pegang.
Tapi beliau hadir bersama slogan :
" Sape nak kalah geng aku..."
He5...

**P/s : Sape punye slogan la tu ea...
Marilah sama2 kite teka.


Kawan

BIARLAH PERSAHABATAN ITU MEMBUAHKAN PERTELINGKAHAN BUKANNYA PERMUSUHAN.

Kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.
dah dapat sepak..

kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..
lepas tu pijak....

kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap..
dah dapat tendang..

kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai,
buang...

5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai.
Dah sengkek gadai.

kawan tu bkn mcm PELANGI.
Hari cerah takde..
hujan gerimis baru muncul..

kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual..
ambik kereta baru..

kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit,
pegi kat sana ambik.


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya,
kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk
dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa
menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.

**P/s : Sape nak berkawan dengan aku...
He5

23 March 2009

Romantiknye...

Kisah ni membuktikan
Betapa romantiknye
Pasangan ni walaupun
Telah lanjut usia.

Citer romantik sepasang suami isteri.

Sepasang orang tua datang ke restoran McDonald
dengan saling berpegangan tangan.
Mereka duduk disebuah bngku panjang berdua,
disamping seorang anak muda.

Si datuk segera berdiri dan memesan makanan,
Sebuah burger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.
Setelah mendapat makanan datuk duduk
di sebelah nenek, membahagi burger menjadi 2 bahagian,
menghitung kentang goreng dengan cermat dan
membahagi adil dengan si nenek,
kemudian mengambil dua 'straw' minuman,
menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek
itu dengan penuh minat.
Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya,
sementara si nenek hanya memperhatikan.
Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati
pasangan tersebut dan berkata:

"Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?"

Si datuk menjawab :
"tak payah terima kasih.kami memang selalu
berkongsi makanan yang sama"

Sampai si datuk selesai makan, mengelap
mulut dengan tissue,
si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh
makanan bahagiannya.
Si anak muda mendekat lagi,
kali ini berkata :
"Nek, boleh saya belikan makanan yang lain,
mungkin nenek tidak suka
yang ini ?"

Si Nenek menjawab;
" Tidak terima kasih.."

Terus si Anak muda bertanya lagi,
"Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan
nenek dan datuk suka berkongsi?"

Kata si Nenek.....
"Saya sedang menunggu gigi.
giliran saya selepas datuk!"


**P/s : Lihat, Betapa romantiknye pasangan ni...
Anda jeles?

22 March 2009

Lipas?

Lipas?

Eee.
Mesti Korang dah rase geli kan?
He5.
Niat aku bkan nak gelikan korang.
Just nak kongsi ilmu.
Aku pun terkejut gak.

Korang tau tak nape populariti lipas banyak?
Aku ade jwpnnye...

Korang tau sebijik telor lipas ade brape isinyer?
Jangan terkejut.

Jeng jeng jeng.

So?
Kalau korang nampak telor lipas,
Ketuk2 la gune pepe pun.
He5...

Dan kalau korang nampak nie pun,
Jgn teruja sangat.
Bunuh je.
Tembak guna lastik ke ape2 la...

**P/s : Lipas ni kire macam MLM dah.
Satu menghasilkan banyak.

Lima Perkara

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk
mendapatkannya

1-وجه جميل
1:Wajah yang cantik

2- فلوس بالملاين
2:Duit yang banyak

3- صحة قوية
3:Kesihatan yang baik

4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita

5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:Tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق
15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

:
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم

Kata Nabi SAW

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و
من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

" Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
Dan siapa yang tinggalkan solat zohor
Tiadalah padanya rezki yang berkat "

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه
قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

" Dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya
kekuatan badan, "
" Dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya
Anak2 yg bermanfaat "

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء
فليس في نومه راحة

" Dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur
Yang nyenyak "


**P/s : Sampaikanlah daripada Nabi SAW
itu walaupun hanya satu ayat.



Sedih @ Gembira

Hari ini aku sedih sangat.
Tak tau nape...
Tapi yg pasti aku mmg sedih la.

**P/s : Nothing To Say Right Here.

20 March 2009

Aku, Cikgu n Ngajar?

He5.
Mesti lawak kan tajuk dier...
Mmg betul.
Aku mmg bukak kelas tuisyen.
Setiap jumaat malam.
Sejam je.
Dari Jam2000 - Jam2100
Kalau lebih sejam, takot ade yg kene mkn plak.
He5.

Aku ade tiga student.
Sume Form 2.
N aku ngjar Mate je.
Ade gak mak bapak dieorng suruh ajag B.I
Mati la aku,
Aku sendiri pun tak lepas.
He5.

Malam ni sorang je dtg.
Al maklumla,
Cuti sekolah.
Aku je boleh pakai mesin kire2.
Bdk2 tak bleh men.
Kejam tak aku?

N kebetulan Surau Addiniah tempat aku de ceramah agama.
Jiran aku g, tapi takde sape nak tgk2 anak die.
So tinggal la bdk tu ngan aku.
Bukan susah,
Aku on je game,
Suruh die men sementara aku ngajar.
Punye la die asyik men.
Tenang aku ngajar.

Amacam?
Sepatutnye die ikut mak die.
Tapi aku offer je game, terus tak jadi follow mak die.
Men game siap dgn baju melayu n songkok tu.
Agak2 mak die marah tak?
Bdk2 kite kene dedahkan dgn dunia game.
Hu5.


**P/s : Aku n mmbr aku yg ngajar tuisyen bercita2 nak buka sendiri punye.
walaupun kecil2lan...
Insyaallah kalau ada rezeki...

Ibu Mithali

**P/s : Post ini mgkn panjang.

Luangkan 10 minit dari 24 jam anda untuk membacanya sehingga abis.

Anda pasti tidak menyesal luangkan masa membacanya...

INSYAALAH


IBU MITHALI


PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali,

"Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas..

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah
"Ibu Mithali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga
"Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah.
Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."


"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak.
Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak.

"Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak.

Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang."

Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan

kakak-kakak dan abang-abang saya.

Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya..

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan."

Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja.
Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya.. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu.

"Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka.. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.


Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama.. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah
"Ibu Mithali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Mithali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal.. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan
"Ibu Mithali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah
"Ibu Mithali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah
"Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.


19 March 2009

Aku, Bosan n Wayang

Hari ni hari Khamis.
19 Mac 2009
Seperti biase aku bosan.
So aku ambik keputusan nak tgk wayang...
Sorang2 je tau...

Kali ni, Cite ni jadi pilihan aku.

Ni la tiket aku.
Tiket Single Rider.
Dapat RM8.00.
Student la katekan.

Pas abis wayang aku jalankan mission kedua.

" Mission Mencari Pintu Pizza "

Dan aku berjaya temui.
Tetapi dalam perjalanan mencari,
Aku tergamam depan butik Nike.
Ade produk baru tau.
Nak tau per?

Ha! Nike kuarkan produk tangga la...
N model die nampak 'life'
Patung lilin kot.
He5...

Bile boring dah hilang,
N dah jumpa pintu Pizza.
Aku boleh pulang dengan tenang...
Tenangnye bile pulang.

P/s : Filem nie aku bagi 5 bintang dari 5 bintang.
Mmg best.
Dari mula dah ade adegan gelak tawa.
Tak sangka 'The Rock' bleh jadi pelawak...
Tak caye?
G la beli tiket sendiri n alami sendiri.

18 March 2009

Aku, Lepak n Pencuri

Lepak?
Pencuri?

Ape kaitan plak kali nie?
Ha, sebenarnye post ni sekadar

PERINGATAN
N
NASIHAT


Kisahnye bermula petang smalam.
Smalam
17 Mac 2009
Jam 1830
Aku lepak minum2 kat
Maple Al-Maju
Bersama dgn
Kurt n Aben.
Dijadikan cite menarik,
Kawan aku sakit perut.
So g la memerut kat tandas.

Pastu beliau pun kuar.
Kami smbung sembang semula.
Tanpa sebarang syak wasangka.
Tibe2.

" Wei, wallet aku n Hp aku..." kawan aku gelisah.

" Nape?" Aku plak mencelah.

Tanpe menjawab persoalan,
Beliau bingkas bangun menuju ketandas.
Mgkn tercicir kot...

Dalam masa yg sama,
Ade costumer cina kuar dari tandas.
Aku dah mula syak something.
Aku pasang mata kat cina tu.
Tetiba mmber aku kejar cina tadi.

Aku n kawan aku cuma perhati dari tempat kami.
N bile aku tgk macam susah je kwan aku tu,
Aku pun g la,
Mane la tau dapat bagi sebijik due kat muke kan...
He5...

" Berani Kerana Benar "

Seperti yg disangka,
Mmg cina tu ambik wallet n Hp kawan aku.
Mulanya taknak mengaku,
Dah aku n mmbr aku duk push2.
Baru ngaku.
Sbb malas nak jadi kecoh,
Mmbr aku lepaskan camtu jer...
Tapi die tak braninye wat hal tempat orang beb...
Tak pasal2 kang.

So,
Kami sambung sembang2 semula.
Seperti takde ape2 yg berlaku.
he5...

P/s : Sentiasalah berhati2 n berwaspada ttg barang berharga sendiri.
Kalau g memerut sekalipun, pastikan la wallet n Hp tu diletak didepan mata.
Elakkan letak ditempat yg kita tak nampak...

" Sesal dulu pendapatan,
Sesal kemudian mmber tolong bayarkan.. "


** Nama mangsa tersebut terpaksa dirahsiakan.
Demi menjaga pihak2 tertentu.
Tapi mangsa mmg antara mereka berdua.

Nak tau gak?

[ Biarlah Rahsia ]


Aku, Chef n Masakan

Aku?
Chef?
Masakan?

Ape sume nie?
Ha!, Sume ni mmg Kehidupan sambilan aku.
Mane taknye, Setiap kali cousin aku nak kawin,
Umah aku mgkn akan jd tempat menguruskan hantaran.
Biasenye aku jadi penolong jer...
Adik aku yg betul2 serius kalau wat hantaran.

Tapi...
Bile tibe bab makanan pengantin,
Aku la jadi mangsa.
Kegemaran aku, wat tembikai berhias.
Macam kete berhias.
he5...

Yg paling best,
Masa cousin aku brtunang.
Aku kene kejut awal pagi.
Sbb takde sape nak wat buah.
Aku yg tension bangun tido pun g la mandi.
Tak hingat punyer sejuk air kampung pagi2.
Tahan kan gak atas arahan pihak atasan...

Aku kuar g tempat memotong.
Pergh!!!!
Banyak giler nak kene wat.
Sabor wan,
Sabor wan
...
Nasib bek ade Pak Teh aku.
Aku suruh die wat gak.
Hu5 padan muka...

Biase la aku dgn pakaian rasmi aku...
He5...
Dah mandi tau...

Gaya seorang chef.
Chef Wan gitu...
he5...

Aku n pembantu aku.
Kepenatan setelah siap semua dipotong.


**P/s : Insan yg bertunang ni akan melangsungkan perkahwinan pada 9.5.2009.
Makne kate tugas berat akan ku pikul lagi sekali...
Ape pun tugas, aku gembira melakukannya...
Time aku nanti korang sume jgn lari...
Hak4...

17 March 2009

Aku, Sungai N Pancing

PANCING?
Aku mmg suke gile kat sukan memancing nie...
Boleh dikatekan setiap kali balik kampung,
Pasti akan ade sg aku redah.
So kali ni aku nak cite sket kisahnye...
Time ni tak silap aku raye kot.
Hari raya pertama.
Petang tu tepat jam 1730,
Aku kuar dgn spp aku.
3 Orang je..
Mmg ni antare kaki2 mancing.
Mmg kene marah dgn makcik2.
Mane taknye, raye pertama dah g memancing.
Argh.... Tak makan saman kami2 nie...
Sory ea kepada makcik2 sekalian...

Lokasi kami kali ni,
SG PAHANG.
Kira 7 minit dari umah nenek aku.

Ni la Sungai Pahang.
Sentiase tenang menanti pengunjung.

So aku mulakan la operasi memancing...

Gaya seorang yg penyabar.
Time ni rambut aku mmg panjang.
Marah makcik aku.
Biase la, Pengetua sekolah la katekan.
Utamakan Displin katenye!!!

Jeng jeng jeng.
Mangsa pertama merupakan Udang Galah.

Mangsa seterusnya,
Ikan Belida a.k.a Ikan Botak

Best tak aktiviti aku?
Sume ikan n Udang aku serahkan kat makcik aku.
Die mmg suka makan ikan2 sungai.
Bagi aku, ikan tu aku takder la nak makan sgt.
Yg aku suka, Memancing!!!
Hasilnya bagi kat sesape yg nak...

**P/s : Tapi sekarang aku jarang mancing Sg Pahang.
Sbb aku dah beralih arah memancing laut.
Lokasi tetap aku, Perlabuhan Kuantan.
Tempat sepupu aku keje.
Nantikan kisah seterusnya...
[ Aku, Laut N Pancing ]



Aku, Keje N Kerteh T'Gano

Sebenarnye aku takde idea nak letak post per.
So, masa tgk gmbr2 lama,
Nampak la gmbr ms keje dulu.
Dulu msa cuti sem ke 2,
Aku keje kat Kerteh.
Kene jadi supervisor.
Kami g bos anta nek Toyota Innova.
Aku g bertiga.
Aku, Farid (mmbr form 4) n Botak ( Mmbr UTM )

Dari Kiri: Farid (G_bet), Aku n Izwan (Botak)

Kat atas tu umah kami sewa.
Kene jalan kaki 2KM baru sampai kat tempat keje...

Tapi yg bestnye, blakang umah kami laut!!!
cantik tu.
Tetiap petang pas keje kami akan mandi sampai magrib baru blek.

Jernih kan air tu...

Tu kucing umah depan. Suke ngendap umah aku.
Comei kan...

Kerdilnya aku Di tepi Ciptaan-Nya.
Aku pun terkejut gak tgk gmbar ni.
mane taknyer,
masa ambik aku rase pokok ni takla besar camnie...

Renungkan masa depan di tempat yg nyaman...

Petang terakhir sebelum pulang ke Kolumpor...

**P/s : Setelah hampir seminggu kami keje.
Kami pulang setelah projek tu hampir siap.
Seronoknye keje Outstation...
Bos!!! Nak lagi...

16 March 2009

Aku, Keje N Bilik Meeting

Hari ni
Isnin

16 Mac 2009
Aku kembali dari bercuti.
Tapi aku masuk keje lepas lunch.
he5...
Mgkn penat bercuti belum abis.

Sampai je kat opis,
Mcm biase la,
Aku tekan F006 kat keyboard.
tandenye aku dah masuk keje.

Dgn pelahan aku melangkah.
Tiba je di muka pintu bilik aku,
PERGH!!!!
Byknye keje aku...
Keje yg dah 10 hari aku tinggalkan...
Tapi takpe,
Name pun bercuti...

Meja aku dipenuhi dgn sumber2 keje.

Sampaikan "Peti Surat" aku pun penuh.

Tgk tu, punye la banyak keje sepeninggalan aku...
Takpe2...
Keje mesti la bersistem.
Baru lancar...
So, mula2 aku asingkan la...

Dah asing ikut Ketegori,
Ape lagi... KEJE la....

Tekun tak?
he5...

Jeng jeng jeng...
Hasil dari ketekunan aku...

Licin. Tak tinggal sehelai pun kertas keje...
He5...
Tenang pale aku tgk keje settle...

** P/s : Tak susah pun keje kalau kite buat dgn sungguh2.
Usaha kan tangga kejayaan.
Ca'yoq2 Gambatei...


15 March 2009

Mari Menabung

Menabung?
Memang amalan yg baik.
Berlajar berjimat cermat.
Nak jadikan citer,
Aku ade la tabung bentuk Botol Susu.
Aku beli kat Downtown kat cheras.
Dah brape kali penuh dah.
N dah brape kali kosong.
he5...

Ni la tabung aku dan hasilnya.

Kiraan telah dimulakan dengan
Membahagikan mengikut kategori2
Nilai syilingnya...

Ni plak dah siap susun mengikut
Nilai yg senang kire.

Tgk la hasilnye kalau menabung...
Duit tu siap dipaket RM10 setiap bungkusan.
Ade la dekat 13 paket tu.
Belum kire syiling 5sen lg...
he5
Pas dipaket,
Simpan balik dalam tabung
Senang nak g tukarkan kepada
Wang kertas bile terdesak.
Kan berguna menabung,
Lebih2 lagi ketika hujung bulan
Mahupun ketika memerlukannya...
He5...

So, Marilah Kite same2 menabung demi
Menjamin masa depan cerah.

* P/s : Dapat la wat back up tuk wat g
melancong ujung bulan nie...

14 March 2009

Man Utd Vs Liverpool


MANCHESTER UNITED

VS

LIVERPOOL

Hari ni hari Sabtu.
14 Mac 2009
Man Utd ade game.
Lawan Liverpool.
Due2 team mmg best.
So aku ambik keputusan tuk g tgk.
Macam biase la,
Mample Al-Maju jadi pilihan...
Walaupun ramalan kaji cuaca aku
Mengatakan hujan mgkn turun...
Tapi tu blakang kire.

Macam kebiasaan,
Aku akan g awal utk pastikan
Tempat yg menarik utk ahli2.

Malam nie kalau ikut perancangan,
Cuma berdua je.
Macam biase,
Kurt je yg setia menemani.
Cuma malam nie ahli bertambah.
Asri dan Zidane( bkn name sbnar )
Aku turut terkejut melihat ketibaan mereka.
Tapi ok gak...
Meramaikan majlis...

Ketika perlawanan rancak di skrin besar.
Hujan turun renyai2.
Kami tetap tidak berganjak
Kerana dalam dah dipenuhi.
Akhirnya kami bermandikan hujan...

Tetapi game malam nie tidak memihak
Pada penyokong2 Man Utd.
Man Utd tewas agak mengejut.

Man Utd (1)
Liverpool (4)

Tapi ape2 pun aku tetap enjoy.
Adat perlawanan,
Mesti ade yg menang dan kalah.
So, aku tak brape kisah.
Walaupun agak kecewa.

P/s : Kepada ahli2 tadi, Terima Kasih diucapkan kerana
mengekalkan semangat kesukanan.
Tetap tunggu ke akhir wisel walaupun tewas.

Hari Ni Lagi Bosan Tp Best

Hari ni hari Sabtu.
14 Mac 2009
Seperti biase aku belum start keje...
Tapi nak duk umah bosan.
So aku ambik keputusan kuar
Jalan2 Town.

Aku mulakan pagi aku dengan
Tayangan Wayang.
Aku pun tak tau nak tgk cite per...
So Dragonball Evolution jadi pilihan.


Aku g sorang2 jer...
Tak caye?
Ni Buktinyer...


Cite ni ok la.
Dari 5 bintang, aku bagi 3 1/2 je la.
Tak tau nape...
Tapi cite GENG tetap best wat masa nie...
Abis wayang aku still rase bosan.
Aku merempit g jln2 area
Semua House kat jalan TAR.
Sbb hari ni ade pasar malam.
Ramai gak kat saner...

Aku g Beli 'Mocha Blended' n "Puding Karemal"
( Tak sempat ambik gmbr sbb ramai costumer)
Kat tepi Semua House.
Adik aku perkenalkan.
Mmg best n agak padan dgn harganye...
Tetiba aku teringin
Pancing ikan.
Duduk lepak2 sorang2.
Aku dapat la sekor ikan...
Nak tgk?
He5...

Comel kan?
Dah sampai umah,
Adik aku tanye,

" Abg, nape abg beli tu? "

Aku jawab sempoi jer..

" Terbeli Tadi..."

He5...
Last2, aku terpikir...

" Ape aku nak wat ngan ikan nie, nak goreng pun tak bleh...."

he5...
Cuma satu je jwpn yg muncul...

[ Biarlah Rahsia ]



13 March 2009

Aku Dan Kebosanan

Hari Nie Hari Jumaat.
13 Mac 2009.
Aku tetap taknak g kejer...
Tak tau nape malas sgt skrg...
Bile dah boring duk umah,
Ingatkan nak kuar la g mane2...
Tapi rini jumaat,
So terbatas la sket.
Lagipun adik aku smpai dalam jam1830.
So takbleh la kuar sgt...

Aper yg bleh aku buat?


Just mengadap Pc aku jer...
Men Game, Men tenet, DLL...

**P/s : Tu bukan baru bangun tido tau...
Aku kalau tak kuar umah, tu la pakaian rasmi aku.
Selesa...


12 March 2009

Man Utd Vs Inter Milan


MANCHESTER UNITED

VS


INTER MILAN


Pagi tadi aku tetap stay.
Walaupun malam tadi ade game badminton.
Dah la men badminton dari jam 2200- jam 0100am
Pas tu nak tgk bola kul jam 0345.
Bayangkan la macam mane penatnye...

Kali ni ahli bertambah.
Berdua.
Ok la dari seorang macam yg lepas...
Kali ni Kurt turut serta.
Beliau sanggup turun maple dari Keramat.
Berikan tepukan gemuruh untuk kami...

Aku turun Jam 0315.
Malangnya Maple Al-maju dah penuh.
Tapi naseb bek la maple tu mmg dah kenal aku.
So aku pun ape lagi,
Arahkan mereka sediakan tempat tuk aku.

Kurt tiba dengan motonya
tepat jam 0340.
Kire time tu mmg maple tu dah penuh sgt....

Ade gak brape adegan yg tak diingini berlaku..
Antaranya mamat meja depan aku,
Dieorang bleh berjudi...
Cian cian...

Game malam tu mmg best.
Vidic mengembirakan aku pada minit ke-4.
Gol cantek hasil dari tandukan.

Pastu time rehat aku ape lagi,
Makan time...
Aku dgn gembira oder meggi sup.

Lepas je wisel mula kedengaran,
cuma 4 minit diperlukan untuk
Ronaldo pula menanduk cantek masuk.
Lagi sekali gawang Inter bocor...

Akhirnya,
Manchester United menang 2-0.

*p/s: aku mmg puas hati walaupun terpaksa berjaga.