Pages

22 April 2012

[ Sugar Glider ] DIY - Upgrade Wodent Wheel

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia... 

Bagi korang-korang yg membela haiwan comel lagi jinak ni,
ape masalah yg korang selalu hadapi n kekadang boleh wat
korang tension sampai rase nak campak je  Sugar Glider (SG)  dari tingkat 3 
eh, nak geget2 je muka Sugar Glider (SG) yg comel2 ni?
Mesti setiap owner SG ni ade hadapi pelbagai masalah ketika melayan kerenah SG.
Tipu la kalau korang kate takde masalah langsung. 
Paling tidak pon masalah SG ni suke kencing n yak atas tangan setiap kali kuar cage kan?
Tu pun masalah namanye... (^_^)
Perangai tu pon kite boleh ajar SG supaya lebih beradap sopan. 
Kite bincang len kali.

Macam "Family L" yg terdiri daripada : 
Mr Leorizz - 16 bulan
Mrs Luwizz - 14 bulan
Miss Lucy - 2 Bulan


Family L ni paling tak suka bile masa nak trim kuku.
Mmg susah! Sebab nak wat sume tu paling kurang dua orang.
Kalau buat sorang, mmg makan gigi je la. Sebab SG ni seboleh2 tak suka kuku di potong.
Sape la nak tolong. Kalau g kedai dah kene bayar RM5 sekor paling murah. 
Kalau di biarkan panjang takpe, tapi badan owner mmg kompom calar balar la di kerjakan oleh SG yg suke jadikan badan kite sebagai padang permaianan bermain "Polis n Pencuri"

So untuk atasi masalah ni, Terpikir la nak DIY wodent wheel sedia ada.
Masa beli Wodent wheell ni, Owner kedai ade suggest suruh beli skali trek yg kasar.
Trek tu boleh di tukar ngan trek asal. 
Kegunaan trek tu untuk trim kuku SG sementara buat senaman.
Tapi mahal tu.. RM75! Rugi rugi rugi... 
RM75 boleh tgk wayang 7 filem tu. Hahahaha...
So terpikir la cara nak DIY sendiri yg kosnye hanya RM150. Ups! Hanya RM1.50! 
Ya! hanya RM1.50. Lebih kurang segelas teh ais mamak je kan. 
Fungsi pon sama je. Untuk trim kuku semata2! 

Rasenye takyah nak terangkan panjang2 kot. 
Tgk gambar kat bawah pon dah boleh buat.
Budak pra sekolah mmg minat wat benda2 cam ni. 
So sesape yg ade adik2 tu, boleh suruh dieorang tolong. 
Bagi je upah eskrim batang 10sen tu.
So kos jadi RM1.60. Tapi still murah kan.

Alatan2 yg diperlukan adalah seperti : 

Wodent Wheel

Double tape

Gunting

Kertas Pasir berskala 80
 Dah sediakan barang2 sume ni, Just follow je step2 bawah ni. 
Simple like sleeping!
Macam kawan sorang tu, Tido je aktivitinye.
Ups, kene saman nanti. (^_^)

Potongkan Kertas pasir mengikut saiz trek wodent wheel

Tampalkan double tape belakang kertas pasir

Lebih kurang macam ni la. Tapi harus di ingatkan jgn tampal rapat .

Hasilnye.


Gantungkan semula. Masih biarkan kertas pasir di bahagian luar.
Hanya akan ubah ke dalam pada waktu malam.
SELAMAT MENCUBA!!!

**P/S : Jgn biarkan lapisan yg ade kertas pasir ni di bahagian dalam lebih dari 48 jam. Kerana risau kalau SG tu aktif bermain, akan nipis kukunye. So better biarkan semalaman, Pastu tgk hasilnye kat SG anda. Kalau Ok, tukarkan semula kepada trek  asal. Kalau masih tajam, Biarkan trim trek semalaman. Tapi kalau boleh jgn trim terlalu lama. Sebab ada antara kuku SG ni elok di biarkan
panjang. Sebab kegunaan SG...

**P/S : UPDATE : Dah buat ujikaji ke atas ketiga2 ekor SG. Hasilnye cuma perlukan SG bermain dalam 10 - 20 pusingan. N kuku dapat di 'tumpulkan' tanpa mencederakan tapak kaki or tangan SG. So JANGAN biarkan semalaman. Just keluarkan wodent wheel setiap kali nak trim kuku. N tukar kembali ke trek asal selepas selesai trim kuku... [ Peace No War ]

No comments: