Pages

06 March 2011

[ Wayang ] Sanctum

Sebenarnye dah lama aku tak menulis dalam blog nie.. Kang berkarat plak blog nie... Sebab takde pe yg menarik tentang aku nak di coretkan kat sini. So ape la katenye aku cite pasal filem2 yg aku dah tgk. Biasa la bile dah jadi single rider kan, gegar wayang je la... So cite pertama aku, SANCTUM. pe lagi en wan, cecite cecite...



SANCTUM atau dalam bahasa melayunya "TEMPAT SUCI" menceritakan tentang sekumpulan peneroka gua yang ingin meneroka sebuah gua yang masih belum diterokai oleh mane2 manusia. Niat dieorang ni cuma satu, nak jadi antara orang pertama yg teroka gua ni...

Cerita sangat menarik sebab kate dieorang gua ni dikenali sebagai "Esa'ala Cave" iaitu "Ibu Segala Gua" dan tempat ni mmg wujud kat Papua New Guinea...

Mengikut kajian dieorang dgn menggunakan mesin, penghujung gua ni akan bersambung dgn laut. Kumpulan ni mesti la ade ketua kan? so ketua dieorang ni seorang pakar selam lakonan sebagai Frank McGuire(Richard Roxburgh). Pakar yg tak sukakan mesin. Sebab die kate mesin tak dapat merasai nikmat selaman. ( betul la kan, mesin mane ade naluri). Dan dibantu oleh Josh ( Rhys Wakefield) yang melakonkan watak anak kepada Frank. Josh ni pakar dalam bidang pendakian. tah macam mane bapak die bleh paksa join sekaki plak. Josh ni kire macam hero la. Dah ade hero, mesti ade heroin lakonan Alice Parkinson sbg Victoria. Victoria ni kire pakar dalam pendakian gak la.

Cerita ni berkisahkan dimana semua ahli peneroka ni terperangkap kat dalam gua sedalam berbatu gak la. Punca teperangkap sebab ribut yg sepatutnye turun lagi 2 hari turun secara tiba. Bukan setakat ribut, tapi taufan. Memaksa pintu masuk gua dibanjiri air. Dan satu jalan masuk tertutup oleh batu yang besar. So satu2nye jalan kuar dieorang adalah terus meneroka tempat yg belum pasti penhujungnye. Bebekalkan semangat dan peralatan menyelam yg terhad dan ilmu2 dari semua pihak, dieorang pun mula la meneroka. Banyak gak aski suspen dan kejadian kematian berlaku.
Kesimpulan cite ni aku nak bagi 4/5 bintang. Aku minat cerita ni sebab cerita nie menceritakan keindahan alam semula jadi yang mungkin tak pernah aku bayangkan. Dan aku suka semangat dieorang.
Selamat menonton...

1 comment:

fa.zila said...

ermm.. menarik kn cite nie.. so ksmpulan nya.. cite nie mmg best ~~