Pages

15 April 2009

Nasib Si Pasu


Pasu Oh Pasu

Seorang wanita tua mempunyei dua bekas pasu air,
Yang digantung di setiap penjuru galah yg dibawanya.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara
Pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yg jauh dari sungai ke rumahnya,
Pasu yg retak hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun,
Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya pasu yg sempurna itu sangat berbangga dengan pencapaiannya.

Di sebaliknya,
Pasu yg retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya,
Dan berasa sedih kerana hanya mampu membawa
Separuh air daripada sepatutnya.
Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan,
Pase retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

" aku rasa sangat malu dgn diriku, kerana diriku yg retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu"

Wanita tua itu tersenyum,

" Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu,
tetapi tidak di laluan pasu yg lagi satu?"

" Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu,
oleh itu,
Aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu.

Setiap hari apabila kita pulang dari sungai,

Tanpa kamu sedari,
kamu telah menyiram benih-benih bunga itu."


" Selama dua tahun,
Aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga

yang cantik ini untuk menghiasi meja"

" sekiranyan kamu tidak menjadi dirmu sendiri,
Mungkin tiada
keindahan sebegini di rumah ini."

Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yg tersendiri...
Tetapi,
Keretakan dan kekurangan kita itulah yg menjadikan
Perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanafaat.

Kita perlu menerima setiap manusia seadaanya dan melihat
Kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada sahabatku yg tidak sempurna,
Moga hari anda ceria...
Dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan dilaluan anda.


**P/s : Setiap yg bergelar insan pasti mempunyai Kelebihan dan kekurangannya...
Kerana tiada manusia yg sempurna kecuali
Nabi Muhammad S.A.W



8 comments:

Anonymous said...

cikzura:

huhu..yg cantik tu tak semestinye cantik..
yg buruk tu tak semestinye buruk..
kan..kan..kan????
hehehe

Mohd Ridwan said...

cikzura :

betul tu...
setiap yg cantik tu ade cacatnya.
n setiap yg buruk tu ade cantiknye...

freshie UTm said...

kita terima seadaanya

Mohd Ridwan said...

freshie UTm :

sape nie?

Freshie UTm said...

rahsia....tapi ape yang saya leh bagi tahu awak..saya student UTm...dan duduk kat K1

Mohd Ridwan said...
This comment has been removed by the author.
Freshie Utm said...

lor..
saya intan la sy memang student UTm....la...sy nie peminta naruto...la...kenapa...?ape yg awak merepek nie..?saya tak faham la...

puteri salju said...

cantik pasu tu...