Pages

18 August 2012

Merenung langit di malam raya

Assalammualaikum dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yg mengenali diri ini...

Tahun 2012 adalah tahun yg penuh dgn cubaan dan dugaan yg amat menguji diri. 
Esok pagi dah raya. Tapi sekarang masih merenung langit. Memikirkan kenapa semua ini terjadi.

Makin hari makin minggu dan makin tahun, raya seperti sudah hilang serinye.
Apa yg masih kurang? Apa yg tidak kene? Masih mencari jawapan bagi soalan2 yg bermain di pikiran.
Kekadang terasa malas untuk pulang ke kampung. Rasa seperti mahu bermunasabah di Kuala Lumpur seorang diri bagi mencari ape yg masih belum terjawab.

Mata sudah mengantuk, tapi seperti malas hendak tidur. Seperti biarlah syawal hadir lewat. Biarlah Ramadhan lebih lama. 

Tapi mujurlah masih ada beberapa perkara yg membuatkan aku maseh gembira mahu pulang ke kampung. Menjalankan aktiviti yg dapat mengukir senyuman di bibir yg sekian lama kering dgn senyuman. Hanya dgn aktiviti seperti itu yg mampu membuatkan aku sanggup meredah hujan panas untuk pulang ke kampung. Tapi di sebalik aktiviti yg bermakna itu, masih tersembunyi kekecewaan di hati. Bukan apa, bile di pikirkan, tak patut semua itu berlaku memandangkan status mereka semua.

Biarkanlah diri kite umpama "PERIUK". Makin besar periuknye, makin banyaklah makanan yg dapat dimasak dan disediakan untuk semua orang. Jgn jadikan diri kite seperti bertih jagung. Makin di masak makin bising bunyinya. tapi hasilnye tetap popcorn yg sama.

Maseh mencari sumber untuk mengukir senyuman bagi menghadapi hari esok.
Peace No War


No comments: