Pages

20 April 2009

Sayangkah Kita Pada Ibu?

Jom Kite Renung...

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas
yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil
sesuatu berlegar-legar si mindanya.
ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

'Saya Sayangkan Ibu'.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis
'Telah Dibayar'
pada mukasurat yang sama ditulisnya.

**P/s : Setakat Manakah Sayang anda semua pada ibu anda?
Hanya anda manpu menjawab...

15 April 2009

Aku di TAG oleh COFFEZZARELLA

1. Letakkan gambar profile anda

Ni la gambar profile aku...


2. Terangkan apa maksud gambar itu?

Rasenye tengok gambar pun dah bleh tau ape maksudnye kan?
So, tak banyak nak terangkan. Yg paling jelas disini,
Yang cantik tu tak semestinya indah. Dan sebaliknya...

3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?

Saje je letak gambar ni.
Sebab gambar ni sentiase mengingatkan aku tentang
Realiti dunia yg kite pijak sekarang...

4. Tag 5 lagik blogger.

Aku tak minat nak TAG sesape.
Tapi sesape yg baca entry ni, dan terase nak berkongsi
cerita mengenai blog memasing, silakan la buat...

**P/s : No komen tuk entry nie... Cuma satu,
" Be Your Self "

Nasib Si Pasu


Pasu Oh Pasu

Seorang wanita tua mempunyei dua bekas pasu air,
Yang digantung di setiap penjuru galah yg dibawanya.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara
Pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yg jauh dari sungai ke rumahnya,
Pasu yg retak hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun,
Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya pasu yg sempurna itu sangat berbangga dengan pencapaiannya.

Di sebaliknya,
Pasu yg retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya,
Dan berasa sedih kerana hanya mampu membawa
Separuh air daripada sepatutnya.
Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan,
Pase retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.

" aku rasa sangat malu dgn diriku, kerana diriku yg retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu"

Wanita tua itu tersenyum,

" Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu,
tetapi tidak di laluan pasu yg lagi satu?"

" Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu,
oleh itu,
Aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu.

Setiap hari apabila kita pulang dari sungai,

Tanpa kamu sedari,
kamu telah menyiram benih-benih bunga itu."


" Selama dua tahun,
Aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga

yang cantik ini untuk menghiasi meja"

" sekiranyan kamu tidak menjadi dirmu sendiri,
Mungkin tiada
keindahan sebegini di rumah ini."

Setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan yg tersendiri...
Tetapi,
Keretakan dan kekurangan kita itulah yg menjadikan
Perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanafaat.

Kita perlu menerima setiap manusia seadaanya dan melihat
Kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada sahabatku yg tidak sempurna,
Moga hari anda ceria...
Dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan dilaluan anda.


**P/s : Setiap yg bergelar insan pasti mempunyai Kelebihan dan kekurangannya...
Kerana tiada manusia yg sempurna kecuali
Nabi Muhammad S.A.W



14 April 2009

Sayang Kinabalu



Sayang Kinabalu

by: Kimim Mudin

Tinggi-tinggi gunung kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu...
Biru-biru hujung kinabalu,
Tgk dari jauh,
Hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang,
Banyak sayur buleh pilih-pilih...
Apa guna pergi luar negeri,
Naik kinabalu, hati saya rindu...

Summa summa mendai menunggu
Menari nari lenggan sumaiya
Sekali melihat melepak kulitnya,
Saya jatuh cinta...

Sayang sayang, sayang kinabalu,
Kat amatan pesta bulan limba...
Sayang-sayang kita pergi tamu,
Jalan tanpa rindu,
Hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang,
Banyak sayur boleh pilih2...
Apa guna pergi luar negeri,
Naik, kinabalu...
Hati saya rindu...

Summa summa mendai menunggu...
Menari-nari lenggan sumaiya...
Sekali melihat melepak kulitnya..
Saya...
Jatuh cinta...

Sayang sayang kinabalu,
Kat Amatan pesta bulan limba..
Sayang-sayang kita pergi tamu,
Jalan tanpa rindu,
Hati saya rindu...

Sayang-sayang kita pergi tamu,
Jalan tanpa rindu,
Hati saya rindu...


**P/s : Tak tau betul atau tak lirik nie... Saje je wat entry ni.
Terasa lagu nie macam best n menarik...

13 April 2009

Kite Dah Tua

Korang ingat lagi tak?

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver
Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja
Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah...
Hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .
Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah...

Ingat tak,
Misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah.
Ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...
Program minum susu di skolah.
Nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
Sekotak 30 sen jek beb...
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
Pukul tapak tangan...
Kan semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo
Atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...
Ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet email Menda alah ape tu
CD ape tu kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 3 inggit je.
Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
Warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
Lagi satu loceng masa nak pegi rehat.
Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan.
Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ.
Main bola laa, rounders laa...
Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang
Aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry',
Main kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2
Color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik.
Hmmm..ni pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg
Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti

nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt
universiti tanpa handphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke
1. Korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. Kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. Korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

**P/s : Agak-agak cite nie kene tak dgn hidup korang...
Kalau kene, Alhamdulillah kite dah tua rupenye...

10 April 2009

Cite Baek Punyer

Hari ni
10 April 2009
Macam biase la, keje keje n keje...
Dah hari jumaat,
Lemah tul la nak g pas solat jumaat.
Tapi aku percaya hampir sume orang tak minat keje pas jumaat.
Tul tak???
Tak nak ngaku la tu...

Sekarang bilik meeting dah tambah lagi 3 ahli baru.
Man, Fiezi, Ain
tapi masih tak ngam.
Kurt! Dahlia! Zul!
Aku rindu masa korang ade la!!!!
Hu5

Macam biase la aku dgn keje aku...
Dah nak sama tinggi dgn aku tu.
Tapi takpe.
Small the pieces je.

Kawan aku sorang ni plak,
Relex je tido walaupun keje banyak.
Gangster katenye...

Yg laki tu Man, budak baru.
Korang tau tak? bukan men lagi dieorang.
Cop borang 'Insert Delete' pun berdua.
sorang selak, sorang cop.
Tapi rasenye aku n ahli2 lama,
Macam bleh wat sorang2 je kan...
Korang ingat tak?
Mesti ingatnye...
Hak3

Nie tugas aku esok.
Esok sabtu ade Open Day kat UTM.
ade pendaftaran student baru.
So aku kene tugas sok.
Kene ade Jam 0730 plak tu.
Malasnye nak g awal2.


**P/s : Mungkin ade yg belum tau langit tu tinggi atau rendah.
Sbb tu banyak kejadian berlaku disebalik kejadian.
Renung-renungkanlah...

06 April 2009

Alahai kure2


Kura-kura yang sengal.

Pada suatu hari, ada 3
ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama.
Kekura pertama membawa makanan,
Kekura kedua membawa minuman,
Sedangkan kekura ketiga tidak
Membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga
mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di
antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor
daripada kita mesti balik untuk amik
payung. Siapa yang nak pergi
ni?"

Kekura I dan II saling pandang memandang,
Dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini
lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II : Eh Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."

Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 3 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "Kalau 1 hari?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III: "5 hari?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati,
Akhirnya Kekura III pun berangkat.
Kekura I & II menunggu dengan setia.
Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu.
Kekura III tidak juga balik.
Setelah dua minggu berlalu,
Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je laaaah."

Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru

"Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi.
Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan ? kan ?!!!"

Kekura I & II : " @#$%^& "

**P/s : Agak2 korang la, ape jadi kat kekura III
Kalau korang kat tempat kekura I & II ???
N jadi ke kekura tu berkelah?

Man Utd Vs Aston Villa


MANCHESTER UNITED

VS


ASTON VILLA

Malam tadi aku bertolak dari kampung
Jam 2100.
N berkejar nak sampai ke KL Jam 2300.
Sbb Man Utd ade game lawan Aston Villa.

Aku tiba kat KL Jam 2245.
Macam biase mamak Al-Maju jadi pilihan.
Malam ni aku sorang je yg hadir.
Kerana Kurt telibat dgn tugasnya.

So, teh ais manis jadi penyejuk tekak.
Game mula tepat Jam 2300.
Game malam tu mmg best.
Cian kawan aku tak dapat tgk.
Cuma ikuti perkembangan dari internet.

Pakcik Liverpool turut hadir.
Niat dihatinya untuk melihat Man Utd tewas.
Supaya Liverpool dapat mendahului liga.
Tertekan je tgk reaksi die.
Tapi takpe.
Sbb Ronaldo menyerikan suasana dengan
Sepakan percuma dalam kawasan kotak penalti.
Aston Villa terpaksa terima kesilapan penjaga gol
Menangkap bola dari kawannya sendiri.
Hak5.

Kedudukan seri 2-2 hingga tamat waktu sebenar.
TETAPI...
Pemain gantian
MacHena No 41,
Yg msuk mengantikan Tevez telah buktikan yg
Man Utd mmg unggul bile menyumbat gol cantek
Pada minit ke-93.

Maka dgn itu Man Utd telah mengekalkan kedudukan
Selaku pendahului liga...

**P/s : Aku puas hati walaupun penat baru tiba dari
kampung.

02 April 2009

Akhirnya...

Akhirnye...
Jari jemari ini kembali
Memetik butang2 kekunci keyboard.

Lama tul mendiamkan diri...
Kini kembali dengan bahan2 baru.

**P/s : Maaf. Bermusafir di tempat orang tidak memudahkan
diri ini mencari bahan.