Pages

28 February 2009

Majlis Pra Graduan

Sebenarnye aku malas nak wat cite nie...
takut ader yang terluka...
tapi apekan daya...
macam nie, ptg tadi kami2 bdk failing
dijemput secara mengejut tuk g majlis MPG
bertempat kat hotel Flaminggo Ampang...
nak tau ape tema?
"ROS MERAH"
mati la aku nak ikut tema.
kalau tema ANIME, mmg best!
so, ni ade la skit2 citenye...

nak tau sape yang g?

dah tentu la aku yg g.
aku kan owner blog nie,
takkan cite pasal org len...

ni abg Zul yg pura2
macho depan kamera...

Ha, ni mmg lagend Failing...
name beliau Abg Zam...
nampak macam lagend ker?
he5

Ni Cik Fina..
Ni ibarat
"Secantik Mawar Berduri"
kene hati-hati...
tersalah, terluka...

ni la menu2 yg tah ape2 tah...
yg aku tau tema makan plak,
"CHINESE SET MENU"
aku blasah je...
janji halal.

best tak? tgk tak dapat rase...
kalau makan, mmg terasa...

ni ape sebenarnye?
letak atas kepala ke lutut?
ikut orang je...

lawa kan gelas die?
gelas ni aku punyer...
brape kali refill aku pun tak ingat...
yg aku tau,
kalau kurang je, mesti ade gadis
datang penuhkan balik...
agak2 die tension ke asyik dok tuang kat aku jer?
biar la, dah mmg keje dieorang...

* kesimpulan yg tersimpul dari kisah ini.
kami mmg amat berterima kasih pada sume.
kalau de makan2 macam nie lagi, kami sedia membantu...

**Perasan tak gambar2 dieorang lagi smart dari aku?
nak tau kenapa?
sbb tu kamera aku.
selebihnya paham2 sendiri...

*** Sekian, Terima Kasih...



24 February 2009

Renung-Renungkan


Ambil lah masa untuk baca sehingga akhir....

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu
disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu
agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu
perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi
jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat
sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi
kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi
seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat
hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi
berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil
dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan
dan terus memarahi Anak kecil tadi :

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak
berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak
baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?
jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut
saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak
ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut
yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh
dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada
orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan
anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan
meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat
dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive
muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju
ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan
kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah
kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja
tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan
perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

23 February 2009

Aku Dicabar Oleh Seorang PEREMPUAN

sebenarnya aku tak tau ape maksud kene TAG ni.
sbb aku baru lagi dalam bidang blog ni.
takpe2, blaja...
mengikut Blog yang aku baca,
TAG ni lebih kurang asgment yg wajib diibuat ea?
tul ker ar? what ever la..
Kali ni aku diberi cabaran oleh cik Wawa
utk menempek gambo yg ade dlm pc aku nih.
Bagi tidak menghampakan beliau akan ku kotakan cabarannye itu:-

tugas2 yang aku kene wat :

1) go to your picture holder in your computer.
2) go to 6th folder of photos
3) go to 6th picture of that folder
* put the picture on your blog n description of it..

dan hasilnye adalah....
Jeng Jeng...


perh...
nasib bek gambar ni.
kalau kene gambar aku sowang kat cnie kan malu...
kedudukan aku adalah 7 dari kanan atau 8 dari kiri.
ala, mamat yg buat peace tu..
sbb nak cakap dari depan atau blakang, mesti korang pening kan...
he he he he...
k, gambar ni dalam folder aku g PD ngan kekwan kuliah.
sumenye Ex-poli yg smbung blaja kat UTM.
kiteorang g PD masa last sem lepas.
ape lagi yang best, nek BANANA boat la...
ulang suara...
BANANA boat.
ulang suara lagi... BANANA boat.
sekali lagi ulang suara... BANANA boat.
seronok ulang perkataan tu, mesti ade yang nek bulu roma...
bayangkan kami nek 14 orang masa tu.
mmg gempak giles la...
best kan?

Dan seterusnye aku nk tag kawan2 ku yg baru berjinak2 .
Culan-culan nye adalah:

1 -
akudansesuatu
2 -
We aRe tOgeThEr

* p/s: maaf ea gadis2 KST.
** p/s : Seronoknye men TAG2 ni..

22 February 2009

FRIEND


[ FRIEND ]

Around the corner I have a friend,
In this great city that has no end,
Yet the days go by and weeks rush on,
And before I know it, a year is gone.
And I never see my old friends face,
For life is a swift and terrible race,

He knows
I like him just as well,
As in the days when I rang his bell.
And he rang mine but we were younger then,
And now we are busy, tired men.
Tired of playing a foolish game,
Tired of trying to make a name.
"Tomorrow" I say! "I will call on him
Just to show that I'm thinking of him."
But tomorrow comes and tomorrow goes,
And distance between us grows and grows.
Around the corner, yet miles away,
"Here's a telegram sir," " Him died today."
And that's what we get and deserve in the end.
Around the corner, a vanished friend.
Remember to always say what you mean.

If you
love someone, tell them.
Don't be afraid to express yourself.
Reach out and tell someone what they mean to you.
Because when you decide that it is the right time it might
be too late.

Seize the day. Never have regrets.
And most importantly, stay close to your friends
and family, for they have helped
make you the person that you are today.

18 February 2009

S.P.A.C.E BERCUTI

Smalam 17.2.09.
kami satu opis space
bercuti kat genting. tapi tension gak coz
ramai yang cancel last2 minit. geram pon ade...
last2 cm kami berempat je yang brani g.
bawah ni di selit beberape keping gambar2 mengarut kami.
he5...

dari kir : Zul, Fahmi, hafiz (Kurt)


Fahmi lagi, Kurt lagi, baru aku
kami nek bas kat London nie...

Aksi Tony Jaa Malaysia. hu5

seronoknye budak fahmi tu. yang kurt plak pecahkan kerusi. LARI...

ape la yang aku buat tu.... ish5

First World Hotel nak tumbang wei...

menari plak budak2 nie... anak sapa la ni??

siap baring wat lambang mesc plak tu...
he5...

yang ni aku tak paham aper yang terjadi...

Kerdilnya aku kat cinie...
buku UTM pun malas nak baca....
he5...

best tak kiteorang?
lepas ni nak make sure sume ikut baru lagi best...

p/s : Untuk lebik banyak gambar mengarut. sila layari
http://lagendarysannin.fotopages.com

17 February 2009

Tomorrow Mybe Too Late



If you’re mad with someone ,
and nobody’s there to fix the situation...
You fix it .
Maybe today,
that person still wants to be your friend .
And if u don’t,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….

If you’re in love with somebody ,
but that person doesn’t know...
tell her/him.
Maybe today,
that person is also in love with you .
And if you don’t say it,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….

If you really want to kiss your family members
(bro,sis,mom n dad)...
kiss her/him.
Maybe that person wants a kiss from you, too .
And if you don’t kiss her/him today,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….

If you still love a person that you think has forgotten you...
tell her/him.
Maybe that person have always loved you.
And if you don’t tell her/him today ,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….

If you need a hug of a friend...
ask her/him for it.
Maybe they need it more than you do.
And if you don’t ask for it today,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….

If you really have friends who you appreciate...
tell them.
Maybe they appreciate you as well.
That if you don’t and they leave or go far away today ,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….

If you love your parents,
and never had the chance to show them...
do it ..
Maybe you have them there to show them how you feel.
That if you don’t and they leave today,
TOMORROW CAN BE TOO LATE…….


15 February 2009

HATI DAN PERASAAN



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali.

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.